WELLINGTON, New Zealand – Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud melanda pantai barat New Zealand. Tiada amaran tsunami.
Kajian Geologi AS (USGS) berkata, gempa itu berlaku sejurus selepas 1 pagi waktu tempatan. Ia berada 187 batu (300 kilometer) barat daya Invercargill, New Zealand, dan enam batu (10 kilometer) di bawah laut.
Pemantau di New Zealand menyifatkan gempa itu sebagai sederhana. Tiada laporan segera mengenai kerosakan.
New Zealand, yang menempatkan 5 juta orang, terletak di “Lingkaran Api”, sebuah arka sesar seismik di sekitar Lautan Pasifik di mana gempa bumi dan gunung berapi adalah perkara biasa.
AP