Ancaman bom palsu tutup sementara Lapangan Terbang Eindhoven di Belanda

THE HAGUE, 9 Mei – Lapangan Terbang Eindhoven di wilayah Brabant Utara di selatan Belanda ditutup sementara pada pagi Jumaat selepas ancaman bom palsu membabitkan penerbangan menuju ke bandar peranginan Turki, Antalya.

Insiden itu bermula apabila seorang wanita berusia 51 tahun mendakwa, sebelum berlepas, terdapat bom di dalam bagasinya, menurut pihak berkuasa lapangan terbang. Bagaimanapun, pemeriksaan seterusnya oleh skuad bom tidak menemui bahan letupan.

Wanita itu ditangkap, diturunkan dari pesawat, dan ditahan. Motifnya masih dalam siasatan.

Disebabkan gangguan itu, satu penerbangan telah dilencongkan ke Lapangan Terbang Weeze di negara jiran Jerman, kira-kira 80 kilometer dari Eindhoven, manakala beberapa penerbangan lain ditangguhkan.

XINHUA