2 maut dalam insiden tembak, tikam berasingan di London

LONDON — Dua orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam dua insiden tembak dan tikam berasingan di London, kata polis pada Ahad.

Seorang lelaki maut dan dua lagi cedera dalam kejadian tembakan di kawasan perumahan di selatan London.

Polis masih mencari suspek dan tiada tangkapan dibuat terhadap apa yang digelar oleh ketua polis sebagai “tindakan keganasan yang tidak masuk akal.”

Juga di selatan London, dalam kejadian tidak berkaitan, seorang lelaki maut selepas tiga orang ditikam pada Ahad di sebuah pasar, menurut polis.

Seorang lelaki berusia 60-an telah ditahan di tempat kejadian. Difahamkan kejadian itu berkaitan kesihatan mental dan tidak dianggap sebagai keganasan.

XINHUA