NIAMEY — Tiga individu, termasuk seorang ketua kampung terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam pertempuran antara petani dan pengembala pada malam Ahad hingga pagi Isnin di selatan Niger, menurut laporan televisyen nasional pada Isnin.
Konfrontasi berlaku pada jam 3 pagi waktu tempatan (0200 GMT) apabila pengembala dilaporkan menyerang ladang bersama ternakan mereka di sebuah kampung di Amourzouk, jabatan Tanout di wilayah Zinder di selatan Niger.
Pertembungan ganas yang melibatkan penggunaan anak panah, pedang dan parang menyebabkan tiga maut dan lima lagi cedera dengan tiga daripadanya kini koma di hospital daerah Tanout.
Kolonel Issoufou Labo, gabenor wilayah itu, datang ke tapak untuk menilai keadaan dan mengucapkan takziah kepada keluarga berduka.
Tiga individu telah ditahan sebagai sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan.
XINHUA