1 maut, 24 cedera dalam ribut petir di ibu negara Iran

TEHRAN – Sekurang-kurangnya seorang maut dan 24 lagi cedera ketika ribut petir melanda ibu kota Iran, Tehran pada petang Ahad, lapor agensi berita separuh rasmi Tasnim.

Daripada mereka yang cedera, 16 dimasukkan ke hospital manakala yang lain dirawat dan dibenarkan keluar selepas menerima rawatan perubatan awal, Tasnim memetik organisasi perkhidmatan perubatan kecemasan Tehran sebagai berkata.

Laporan itu menyatakan bilangan yang cedera boleh meningkat.

Ribut petir itu mencapai kelajuan angin sehingga 108 kilometer sejam, menurut kenyataan akhbar daripada Kementerian Jalan dan Pembangunan Bandar Iran.

XINHUA