GAZA STRIP, Wilayah Palestin — Agensi pertahanan awam Gaza pada Ahad berkata 30 orang, termasuk 13 kanak-kanak, terbunuh dalam dua serangan Israel ke atas dua rumah di wilayah Palestin.
Serangan pertama ke atas sebuah rumah di Jabalia di utara Gaza membunuh “sekurang-kurangnya 25” orang, termasuk 13 kanak-kanak, dan mencederakan lebih daripada 30, kata pertahanan awam, sambil menambah bahawa satu lagi serangan ke atas kejiranan Sabra di Kota Gaza membunuh lima.
AN-AFP