Seorang ulama hadis yang tidak kurang terkenal ialah Imam Nasai. Beliau dilahirkan di Nasa, iaitu sebuah daerah di Khurasan pada 215 Hijrah.
Nama penuh beliau Al-Hafiz Abu Abdul Rahman Ahmad bin Syuib bin Ali bin Sinan bin Bahr bin Dinar al-Khurasani an-Nasai.
Menurut cerita, an-Nasai ialah nisbah kepada tempat kelahiran beliau, Nasa. Nama Nasa atau Nisa (perempuan) diambil sewaktu tentera Muslim membuka Khurasan iaitu ketika tentera Muslim tiba di sebuah kota, mereka mendapati semua penduduknya perempuan. Golongan lelaki melarikan diri sebaik sahaja mendengar berita kehadiran tentera Muslim ke kota itu.
Imam Nasai seorang yang tampan, dengan wajah berseri-seri. Beliau menjaga dirinya terutama dalam hal pemakanan dan keseronokan.
Dikatakan beliau mempunyai empat isteri. Beliau bersungguh-sungguh dalam ibadat, siang dan malam. Beliau berpuasa seperti puasa Nabi Daud.
Seawal usia 15 tahun, beliau berguru dengan Qutaibah bin Said. Kemudian, beliau mengembara ke pelbagai tempat seperti Iraq, Hiran, Syam, Hijaz, Mesir dan Tharwar (sempadan di antara wilayah takluk Muslim dan Rom).
Ikuti kisah selanjutnya dalam e-book di Google Play Book: Tokoh Muslim Sohor