10 hal belum baik sebelum disertai 10 yang lain

Amirul Mukminin Sayidina Umar al-Khattab RA dipetik sebagai berkata: Sepuluh perkara belum menjadi baik sehingga disertai dengan sepuluh yang lain iaitu:

1. Akal belum menjadi baik tanpa disertai sikap warak.

2. Amalan perbuatan belum menjadi baik sehingga disertai ilmu.

3. Kejayaan belum baik tanpa disertai rasa takut (kepada Allah).

4. Penguasa (pemimpin, mereka yang berkuasa, dan ini boleh difahami termasuk pelbagai pihak diberikan kuasa sama ada di peringkat negara, negeri atau tempatan) belum baik sehingga disertai keadilan.

5. Kecukupan belum baik sehingga disertai adab (kesopanan).

6. Kesenangan belum baik tanpa disertai keamanan.

7. Kekayaan belum baik sehingga disertai kemurahan hati. (Banyak harta tetapi bakhil, tidak melakukan infak seperti bersedekah atau membantu orang lain, tiada guna)

8. Kefakiran belum baik tanpa qanaah (qanaah ialah berasa cukup dengan apa yang ada).

9. Ketinggian (darjat) belum baik tanpa disertai sikap tawaduk (tawaduk ialah sikap merendah diri, ada juga orang memberikan erti sebagai rendah hati).

10. Perjuangan (jihad) menuju kebenaran belum baik sehingga diiringi taufik Allah.