Israel tidak punya ‘telur’

Orang Palestin menjadi mangsa pengeboman dan peluru pihak Israel makin meningkat, dari hari ke hari. Angkanya berpuluh-puluh ribu dan apa yang masyarakat umum berasa kesal kerana korbannya membabitkan kanak-kanak, wanita dan orang tua yang tiada kena-mengena.

Mereka semua tidak bersenjata, tetapi mengapa mereka menjadi mangsa kerakusan Israel, dengan misi didendang ‘perang Israel-Hamas’. Bohong!

Realitinya begitu. Jika selusuri sejarah orang Israel dari dahulu lagi, memang cakap berbelit-belit, penuh dengan manipulasi dan pembohongan. Mereka tiada peduli hak orang lain, maruah orang lain, harta orang waima perintah Tuhan juga tidak dipedulikan mereka, asalkan mereka bahagia (bahagia menurut perspektif mereka).

Bahagia menurut perspektif mereka seperti gembira, senang hati, berasa puas apabila melihat orang lain mendapat kesusahan, kecederaan dan kematian. Barangkali sebab itu mereka tidak boleh duduk diam, ada saja bedilan dan pengeboman – bukan saja di Gaza, tapi di Tebing Barat, malah sehingga ke Lubnan dan Syria.

Tetapi cuba perhatikan! Mereka berbuat begitu kepada orang-orang yang lemah dan yang mereka berasa pihak lawan itu lemah. Mereka tidak berani terhadap lawan yang setara atau lebih kuat daripada mereka.

Sekali mereka cuba hentam bangunan kedutaan Iran di Syria, baru-baru ini – barangkali mahu menduga keberanian Iran. Sekali juga Iran membalas dengan pelancaran peluru berpandu, membuatkan Israel terus terdiam.

Rupa-rupanya mereka takut bermain api dengan pihak lawan yang lebih kuat. Nyata Israel tiada maruah, tiada moral dalam peperangan – hanya berani terhadap golongan lemah yang tiada senjata bahkan tiada mengerti apa-apa – ya, seperti kanak-kanak, bayi, apa yang mereka tahu – nak pegang sepotong kayu pun tak pandai – tapi kerana angkara dayus Israel, nyawa mereka melayang, tubuh badan hancur, kepala pecah, anggota badan putus berkecai. Suara mereka, tangisan dan rengekan mereka tidak didengari dunia termasuklah dunia Islam (yang selesa dalam kesendirian), kerana tenggelam dalam dentuman tembakan Israel – barangkali!

Israel juga hanya berani terhadap puak yang tiada lengkap bersenjata, puak minoriti, yang tiada berpengaruh. Angkara demi angkara dilakukan mereka, dan itulah realiti dunia hari ini, ketika mana pemimpin politik menggemakan prinsip keadilan, menolak kezaliman – muncul dan lenyap mengikut arus masa – tapi tiada apa-apa makna.

Sehubungan dengan hal ini nampaknya Afrika Selatan lebih ke depan dalam mengambil tindakan terhadap kezaliman Israel, berbanding banyak negara lain. Dan tindakan itu menurut laporan media, turut didukung oleh Sepanyol, suatu langkah yang harus dipuji.

Heh, orang berlawan dalam sukan pun ikut kesetaraan, seperti sama kuat, sama handal atau sama bijak kalau dalam catur.

Mungkin kerana itu tiada negara yang bertepuk tangan dengan pengeboman Israel, termasuk rakyatnya – buktinya demonstrasi berlaku dari semasa ke semasa di negaranya.

Amerika Syarikat, selalu disebut dalam media sebagai sekutu Israel, tapi dalam tulisan ini mahu disebut sebagai ‘penaung’ atau lebih keras lagi ‘dajal’ dalam banyak angkara dunia, juga tidak bertepuk tangan. Tidaklah diketahui sama ada pemimpinnya bertepuk tangan dalam diam, tanpa dihebohkan. Namun tiada ditemui hal itu dalam paparan media. Mungkin dalam jiwa bagi sesetengah mereka berasa lega, tapi penampilan reaksi luar adalah berbeza, bagi memastikan taktik dan misi direncana tidak tergendala.

Apa pun, Israel tiada telur. Faham ke tak tu?