Seorang budak lelaki Palestin, yang merupakan seorang pesakit, menangis ketika bapanya mengucapkan selamat tinggal kepadanya sebelum dia dipindahkan untuk rawatan di luar negara melalui lintasan Kerem Shalom, di tengah-tengah konflik Israel-Hamas, di Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza 27 Jun 2024. REUTERS
Soalan apakah itu? Namun dalam krisis perang berentetan kebelakangan ini, kadang-kadang terfikir juga, antara Rusia dan Amerika, yang mana lebih baik, lebih jujur, boleh dipercayai dan diharapkan.
Alkisahnya, Amerika adalah sekutu utama, terdekat dengan Israel yang membunuh rakyat Palestin, yang mencabut nyawa kanak-kanak Palestin.
Amerika dan Britain, menurut paparan media semasa, menghantar kelengkapan perang untuk Israel. Jadi, apa yang anda faham?
Secara mudahnya, pelampau atau pengganas Israel (tak mahu sebut tentera kepada mereka, sebab perangai terlalu teruk, mencemarkan imej istilah tentera) pengguna kepada kelengkapan perang itu termasuklah peluru senjata yang diterjah, dihumban ke rumah, penempatan rakyat Palestin, ataupun yang singgah di badan mereka.
Ertinya Israel sebagai pelaku terakhir kepada peluru dan bom yang dibuat, disediakan dan dihantar oleh sekutu-sekutunya.
Jadi, masih berbangga dengan Amerika?
Rusia, yang dicemburui Amerika dan rakan baratnya, tidak terbabit dalam pembunuhan rakyat Palestin – tiada penemuan mengenai hal itu dalam laporan media setakat ini.
Jadi, dari sudut ini, jelas menunjukkan Amerika lebih teruk daripada Rusia.
Susunannya boleh digambarkan begini:
Warna merah terang bagi Israel itu melambangkan kemarahan dan dendam kesumat, warna merah gelap di bahagian Palestin itu melambangkan darah, manakala ungu menunjukkan tak tahu apa-apa (buat senjata untuk apa; berperang, membunuh atau melindungi diri – ada beza tu).