NEW DELHI — Sekurang-kurangnya lima orang maut dan sembilan lagi cedera apabila sebuah bas persendirian merempuh sebuah trak pegun di lebuh raya di utara India lewat Sabtu, seorang pegawai polis mengesahkan pada Ahad.
Antara yang maut ialah seorang wanita berusia 42 tahun dan dua anak remajanya.
Kemalangan itu berlaku di Lebuhraya Agra-Lucknow, di daerah Firozabad di negeri utara negara itu, Uttar Pradesh, dilaporkan berpunca daripada kecuaian pemandu bas itu.
Mangsa dalam menaiki bas selepas upacara di pekan agama Mathura dekat Agra. Mereka yang cedera dimasukkan ke hospital tempatan.
Terdapat kira-kira 20 orang di dalam bas itu, semua saudara-mara dan rakan-rakan keluarga yang mengendalikan upacara keagamaan itu.
XINHUA