Bas troli rempuh pasar raya di Austria, 1 maut dan 7 cedera

Seorang terbunuh dan tujuh lagi cedera apabila sebuah bas troli merempuh sebuah pasar raya di bandar Salzburg pada Isnin, menurut berita Xinhua, memetik media tempatan.

Kemalangan itu dilapor berlaku sekitar tengah hari, apabila bas troli itu merempuh bahagian hadapan kaca dan kawasan pintu masuk kedai.