Perdana Menteri Australia Anthony Albanese berkata kerajaannya memperoleh tambahan 100 juta liter diesel untuk meningkatkan keselamatan bahan api semasa kekurangan global, menurut berita Al Jazeera memetik laporan agensi berita AFP.
Dalam lawatan ke Malaysia, Albanese mengesahkan bahawa bekalan itu akan tiba dalam dua penghantaran berasingan.
“Saya boleh mengumumkan bahawa kerajaan saya telah memperoleh tambahan 100 juta liter diesel daripada dua penghantaran. Satu dari Brunei, di mana saya berada semalam, dan satu dari Korea Selatan,” katanya kepada pemberita.