Pejuang Hizbullah akan kekal di medan perang, bertindak balas terhadap pelanggaran musuh

Menurut berita Al Jazeera, Setiausaha Agung Hizbullah, Naim Qassem berucap, dua hari selepas gencatan senjata di Lubnan: “Pejuang penentangan akan kekal di medan perang dan akan bertindak balas terhadap pelanggaran musuh.”

“Kami terbuka untuk bekerjasama dengan [negara] di Lubnan dalam satu langkah baharu berdasarkan pencapaian kedaulatan negara kami dan mencegah persengketaan,” sambungnya.