Hizbullah

  • Pejuang Hizbullah akan kekal di medan perang, bertindak balas terhadap pelanggaran musuh

    Menurut berita Al Jazeera, Setiausaha Agung Hizbullah, Naim Qassem berucap, dua hari selepas gencatan senjata di Lubnan: “Pejuang penentangan akan kekal di medan perang dan akan bertindak balas terhadap pelanggaran musuh.”

    “Kami terbuka untuk bekerjasama dengan [negara] di Lubnan dalam satu langkah baharu berdasarkan pencapaian kedaulatan negara kami dan mencegah persengketaan,” sambungnya.

  • Hizbullah tuntut gencatan senjata komprehensif tanpa kebebasan pergerakan Israel di Lubnan

    Sumber Hizbullah berkata pada Khamis bahawa sebarang gencatan senjata yang dicadangkan mesti merangkumi penghentian komprehensif terhadap serangan Israel di seluruh wilayah Lubnan dan tidak boleh memberikan Israel sebarang kebebasan pergerakan, lapor Xinhua memetik tv tempatan Al Jadeed.

  • Hizbullah sasar 13 pekan utara Israel dengan roket ketika rundingan Lubnan-Israel bermula

    Hizbullah berkata pada Selasa, ia melancarkan roket ke arah 13 pekan di utara Israel ketika rundingan Lubnan-Israel bermula, lapor Xinhua memetik laman web TV al-Manar.

  • Hizbullah dakwa beberapa serangan terhadap tentera Israel

    Kumpulan Lubnan itu mengatakan ia melakukan beberapa siri serangan ke atas tentera dan tapak Israel di utara Israel dan di sepanjang sempadan dengan selatan Lubnan, lapor Aljazeera.

    Dalam satu kenyataan, Hizbullah mengatakan alat letupan yang menyasarkan tentera Israel telah dikerahkan dekat pekan Shamaa di selatan Lubnan, dan kemudian menembak apa yang digambarkannya sebagai pasukan penyelamat yang tiba di tempat kejadian.

    Ia juga mengatakan bahawa ia melancarkan serangan roket yang menyasarkan kedudukan dan perhimpunan tentera Israel dekat pekan Ainata, serta kawasan di timur pusat tahanan Khiam.

    Kumpulan itu selanjutnya melaporkan menembak roket ke arah pekan Nahariya dan Metula di utara Israel, dan mengatakan bahawa ia menyasarkan pangkalan arahan dan kawalan operasi udara Meron di utara Israel.