Dua kanak-kanak Syria terbunuh pada Jumaat dalam letupan periuk api di kawasan luar bandar Damsyik, lapor Anadolu memetik media kerajaan.
Menurutnya, TV Al-Ikhbariya melaporkan letupan itu berlaku di Pergunungan Qalamoun di antara pekan Deir Atiyah dan Al-Qaryatayn, di mana kanak-kanak terbabit sedang membantu bapa mereka menggembala biri-biri.
Kedua-dua kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital Al-Qalamoun di Al-Nabek, tetapi seorang meninggal dunia sebelum sampai ke kemudahan itu, manakala seorang lagi meninggal dunia akibat cedera parah sejurus selepas tiba.