Penyelamat berkata pada Khamis, lapan orang di dalam helikopter yang hilang disahkan meninggal dunia, lapor Xinhua, serpihan dari helikopter itu ditemui di wilayah Kalimantan Barat, Indonesia.
Pegawai penyelamat Leftenan Kolonel Nurrachman Gindha Dradhizya dilapor berkata, sebahagian mangsa ditemui di lokasi nahas.
“Empat mayat berjaya dipindahkan dan dimasukkan ke dalam beg mayat, manakala tiga lagi masih berada di dalam bangkai helikopter,” katanya pada petang Khamis.
Menurut manifes penerbangan, helikopter itu membawa lapan orang. Mayat mangsa terakhir masih dicari setakat ini. Walau bagaimanapun, pemindahan tidak dapat diteruskan kerana keadaan gelap. Pasukan itu memutuskan untuk menggantung sementara operasi dan akan menyambungnya pada pagi Jumaat.
“Kami akan meneruskan esok pagi, termasuk usaha untuk memotong bangkai helikopter untuk mendapatkan mayat yang masih di dalam,” kata Dradhizya.