1 cedera, beberapa rumah rosak apabila peluru berpandu Iran hentam utara Israel

Seorang cedera dan beberapa rumah rosak di utara Israel dalam serangan peluru berpandu Iran pada Jumaat, menurut berita Anadolu memetik laporan media Israel.

Seorang individu berusia 79 tahun cedera akibat peluru berpandu itu menghentam Haifa dan Kiryat Ata, lapor harian Israel Yedioth Ahronoth, menurut Anadolu.

Serangan itu berlaku selepas kumpulan Lubnan Hezbollah melancarkan 15 serangan roket, mencetuskan siren di utara Israel.