Tujuh termasuk seorang kanak-kanak, cedera selepas tujuh gerabak kereta api penumpang tergelincir di wilayah Ulyanovsk, Rusia pada Jumaat, menurut berita Xinhua.
Xinhua memetik Russian Railways, kejadian itu berlaku pada jam 6:26 pagi waktu Moscow (0326 GMT) dekat Stesen Bryandino ketika kereta api itu dalam perjalanan dari bandar Chelyabinsk ke Moscow.
