8 kanak-kanak maut dalam tembakan di Louisiana AS

Seorang lelaki bersenjata di Louisiana membunuh lapan kanak-kanak dalam kejadian tembakan keganasan domestik di rumah berbeza awal Ahad, kata polis di Shreveport, menurut laporan agensi berita AP.

Mangsa dilapor berumur antara 3 hingga kira-kira 11 tahun.

Lelaki bersenjata itu juga dilaporkan maut selepas kejadian kejar-mengejar dengan pegawai yang melepaskan tembakan ke arah suspek.