Sekurang-kurangnya 10 kakitangan perubatan dan pentadbiran terbunuh, dan 22 orang awam cedera pada Khamis dalam serangan dron menyasarkan Hospital Al-Jabalain di Negeri White Nile, tengah Sudan, kata Kementerian Kesihatan Sudan, menurut berita Xinhua.
“Sebuah dron milik Pasukan Sokongan Pantas (RSF) separa tentera menyerang Hospital Al-Jabalain, membunuh 10 anggota kakitangan perubatan dan pentadbiran ketika mereka menjalankan tugas kemanusiaan dan mencederakan 22 orang awam,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.
Dilaporkan, antara mangsa ialah ketua pengarah hospital, Dr Hamid Suleiman, yang terbunuh semasa melakukan pembedahan.
