Angkatan Bersenjata Yaman (YAF) mengumumkan mereka menjalankan operasi menyasarkan Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv, menggunakan peluru berpandu hipersonik Palestin 2, lapor Al Mayadeen.
Operasi itu, yang disifatkan sebagai menunjukkan sokongan kepada Gaza dan tindak balas terhadap jenayah pendudukan, dikatakan menandakan satu lagi peningkatan dalam operasi berterusan Yaman sehingga pencerobohan Israel dihentikan.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Khamis, Angkatan Tentera Yaman mengesahkan operasi itu, menurut Al Mayadeen.
Jurucakap YAF, Brigedier Jeneral Yahya Saree, dilaporkan mengumumkan yang operasi itu berjaya mencapai objektifnya, dengan menyatakan “berjuta-juta Zionis melarikan diri ke tempat perlindungan, dan operasi lapangan terbang telah digantung” berikutan serangan itu.
Kenyataan itu menurut Al Mayadeen, menggambarkan operasi itu sebagai “sokongan untuk rakyat Palestin yang tertindas, dan tindak balas terhadap genosid dan jenayah kebuluran yang dilakukan oleh musuh Israel di Jalur Gaza.”
Terdahulu, media Israel melaporkan letupan dekat lapangan terbang selepas tentera Israel mendakwa ia telah mengesan pelancaran peluru berpandu dari Yaman, menurut laporan Al Mayadeen.



