Warga emas didakwa rogol adik ipar

KOTA BHARU – Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol adik iparnya di Kampung Kubang Golok, Bachok, Januari lalu.

Tertuduh berusia 64 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibicarakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol adik ipar berusia 18 tahun di sebuah bilik di Kampung Kubang Golok jam 3 petang pada 18 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan juga sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mazlan dan tertuduh diwakili peguam, Ahmad Nurie Ab Rahman.

Terdahulu, Siti Hajar tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan mangsa dalam kes ini adalah adik ipar tertuduh dan keluarga tertuduh juga tinggal bersama mangsa.

Ahmad Nurie pula memohon jaminan diberikan memandangkan anak guamnya yang bekerja sebagai peniaga santan perlu menanggung keluarga dan mempunyai dua isteri.

Mahkamah kemudiannya menawarkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes.

BH ONLINE

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju