Tiga maut selepas menghadiri kenduri kahwin

Tiga maut selepas kereta dinaiki bertembung pikap di Jalan Bahau-Keratong, dekat Perkampungan Orang Asli Bukit Serok, Muadzam Shah, di Rompin, semalam ketika dalam perjalanan pulang setelah menghadiri kenduri kahwin, lapor BH Online.

Kemalangan dilaporkan berlaku jam 5.30 petang itu meragut nyawa pemandu kereta, Aida Asmalia Abu Samah,46, serta dua penumpang, Chempaka Alara Azizi, 3, dan penuntut Kolej Matrikulasi Gambang, Siti Auni Syafiqa Sheikh Ali, 18.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi, dipetik berkata pemandu kereta tersepit dalam kenderaan meninggal dunia di tempat kejadian dan dua lagi meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Muadzam Shah.

Menurutnya, ketika kejadian kereta dipandu Aida Asmalia dalam perjalanan pulang ke Kuantan selepas menghadiri kenduri kahwin di Alor Gajah, Melaka.

Menurut laporan BH Online, siasatan awal mendapati kereta terbabit dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke lorong kanan lalu bertembung pikap dari arah bertentangan dipandu lelaki berusia 32 tahun.

“Kemalangan itu, turut menyebabkan tiga penumpang kereta dan pemandu pikap cedera,” katanya dipetik dalam kenyataan.

Tiga mangsa cedera menurut BH Online ialah anak pemandu kereta, Adam Wafiy Muqri Jaslihardi, 14; Siti Adawiya Syauqina, 13, adik kepada Siti Auni Syafiqa; dan Amelia Kartika Mappatata, 32, ibu Chempaka Alara.

Semua mangsa dilaporkan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Pemandu pikap yang dilaporkan turut cedera dirawat di Hospital Muadzam Shah.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju