Tiga maut kemalangan ngeri di Lahad Datu

LAHAD DATU – Tiga lelaki maut selepas pikap mereka naiki terbabit kemalangan dengan sebuah treler muatan minyak sawit di Batu 16, Jalan Lahad Datu – Sandakan, di sini, malam tadi.

Kemalangan ngeri itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa tersepit dalam kenderaan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.52 malam.

Katanya, 12 anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 30 kilometer dari balai.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati kemalangan membabitkan sebuah treler muatan minyak sawit dan Isuzu D Max.

“Tiga mangsa lelaki ditemukan tersepit dalam kenderaan dan dikeluarkan sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pemandu treler lelaki berusia 61 tahun cedera dan dihantar ke hospital.

BH ONLINE

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju