Tiga beranak maut dihempap pokok tumbang ketika hujan lebat dan banjir di Tennessee

Seorang ibu, bapa dan anak maut apabila sebatang pokok tumbang ke atas kereta mereka ketika hujan lebat dan banjir di Tennessee, di mana jalan ditenggelami air turut membawa kepada penyelamatan dramatik orang yang terperangkap di dalam kereta mereka, lapor AP memetik pihak berkuasa pada Rabu.

Ketiga-tiga mereka maut apabila tanah tepu menyebabkan pokok besar tumbang di pinggir Chattanooga di East Ridge sejurus selepas tengah malam, jurucakap Pejabat Pengurusan Kecemasan Daerah Hamilton, Amy Maxwell dipetik berkata.

Selain itu, satu mayat ditemui ketika pihak berkuasa sedang mencari seorang lelaki yang dihanyutkan apabila dia berlari melepasi anggota bomba dan penghadang yang menghalang jalan dinaiki air pada Selasa, menurut AP memetik Jabatan Bomba Chattanooga. Polis tempatan dan pemeriksa perubatan akan menentukan punca kematian.

Banjir mendorong penyelamatan orang terperangkap di dalam rumah dan kenderaan dibanjiri.

Datuk Bandar Hamilton County, Weston Wamp dilaporkan mengisytiharkan darurat tempatan malam Selasa. Penduduk digesa supaya berhati-hati.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju