Tertekan dikongkong, lelaki dipercayai cekik teman wanita sampai mati

Tertekan akibat dikongkong teman wanita dipercayai antara punca seorang lelaki membunuh kekasihnya itu di sebuah pangsapuri di Kampung Baru Subang, malam tadi, menurut laporan BH Online.

Suspek, 47, dilaporkan turut menghubungi polis memaklumkan mengenai tindakannya itu, sebelum dia ditahan di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, dipetik berkata sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan daripada lelaki itu pada jam 8.54 malam.

“Hasil pemeriksaan dalam bilik di bahagian belakang kediaman itu, polis menemui seorang wanita dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di atas katil.

“Pemeriksaan lanjut oleh pasukan perubatan Hospital Sungai Buloh yang tiba di lokasi pada jam 10.47 malam mengesahkan wanita terbabit sudah meninggal dunia lebih empat jam sebelum itu,” katanya seperti dilaporkan.

Mohd Hafiz dipetik berkata, berdasarkan siasatan awal mangsa, 52, dipercayai dibunuh dengan cara dicekik menggunakan tangan, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan.

Suspek dilaporkan direman tujuh hari sehingga 30 Ogos dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju