Tentera udara Sudan dilaporkan memusnahkan pesawat Emirati bawa tentera upahan Colombia

Tentera udara Sudan memusnahkan sebuah pesawat Emirati yang membawa askar upahan Colombia ketika ia mendarat di lapangan terbang dikawal oleh Pasukan Sokongan Pantas (RSF) separa tentera di wilayah Darfur di barat Sudan, lapor Xinhua memetik TV Sudan pada Rabu.

Memetik sumber tentera, TV itu menurut Xinhua, melaporkan tentera udara Sudan melancarkan serangan mengejut di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Nyala di Darfur Selatan pada awal Rabu.

“Serangan mengejut itu menyasarkan sekumpulan askar upahan Colombia sebaik ketibaan mereka menaiki pesawat persendirian yang dipercayai berlepas dari salah satu pangkalan udara di Teluk,” laporan itu dipetik sambil menyatakan “operasi udara itu mengakibatkan kematian berpuluh-puluh askar upahan”.

Ia dilaporkan berkata, askar upahan dibawa masuk untuk menyokong RSF sebagai sebahagian daripada “komplot asing” bertujuan untuk menjejaskan kestabilan Sudan dan memanjangkan perang.

Sumber terbabit dikatakan menunjukkan bahawa perisikan tentera tentera Sudan telah menjejaki pergerakan pesawat dan memantau penyelarasannya dengan anggota RSF yang mengawal lapangan terbang, yang membolehkan serangan itu dilaksanakan serta-merta selepas mendarat sebelum RSF dapat ditempatkan.

Pada Isnin, Sudan dilaporkan menuduh Emiriah Arab Bersatu (UAE) membawa masuk dan membiayai tentera upahan Colombia untuk berperang menentang tentera bagi pihak RSF.

UAE, bagi pihaknya, dilaporkan menafikan sebarang penglibatan dalam membiayai RSF.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Sudan pada Rabu dipetik berkata UAE telah melarang pesawat Sudan daripada mendarat di lapangan terbangnya, dan juga menghalang sebuah pesawat syarikat penerbangan Sudan daripada berlepas dari Lapangan Terbang Abu Dhabi, menandakan petanda terbaharu ketegangan antara kedua-dua negara.

Sumber di salah sebuah syarikat penerbangan Sudan memberitahu Xinhua dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, “pihak berkuasa UAE mewajarkan keputusan mereka dengan menyatakan bahawa syarikat penerbangan Sudan tidak memenuhi piawaian operasi”.

Badr Airlines dan Tarco Aviation Sudan dikatakan mengendalikan penerbangan hampir setiap hari ke lapangan terbang Abu Dhabi, Sharjah dan Dubai.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju