Tentera Israel berkata pintas satu lagi peluru berpandu dilepaskan Houthi

JERUSALEM – Tentera Israel berkata pada Ahad, ia memintas peluru berpandu dilancarkan dari Yaman, sejurus selepas siren dibunyikan.

“Susulan siren berbunyi sebentar tadi di Talmei Elazar, peluru berpandu yang dilancarkan dari Yaman telah dipintas sebelum menyeberang ke wilayah Israel,” kata tentera dalam satu kenyataan disiarkan di Telegram.

Pada Jumaat, tentera Israel berkata ia menembak jatuh dron dilancarkan dari Yaman selepas ia melintasi wilayah Israel.

Militia Houthi Yaman telah menembak peluru berpandu dan dron ke Israel – serta kapal di Laut Merah dan Teluk Aden – dalam apa yang mereka katakan sebagai kempen perpaduan dengan rakyat Palestin semasa perang Israel-Hamas di Gaza.

Houthi telah meningkatkan serangan mereka sejak gencatan senjata November antara Israel dan Hizbullah di Lubnan.

Israel juga telah menyerang Yaman, termasuk menyasarkan lapangan terbang antarabangsa Sanaa pada akhir Disember.

AN-AFP