Seorang penembak melepaskan tembakan pagi Rabu semasa Misa di sebuah sekolah Katolik Minneapolis, di Amerika Syarikat, membunuh dua kanak-kanak dan mencederakan 17 orang lain sebelum membunuh dirinya sendiri, lapor AP memetik pegawai.
Ketua Polis Minneapolis, Brian O’Hara dipetik berkata, penembak itu – bersenjatakan raifal, senapang patah dan pistol – menghampiri bahagian tepi gereja dan menembak melalui tingkap ke arah kanak-kanak yang duduk di bangku semasa Misa di Sekolah Katolik Annunciation.
Presiden Donald Trump dan Gabenor Minnesota, Tim Walz dilaporkan berkata dalam catatan media sosial berasingan, yang mereka telah diberi taklimat mengenai penembakan itu.




