Bahagian daripada sebuah gunung runtuh akibat hujan lebat di luar ibu negara Guinea, menyebabkan tanah runtuh ke atas bangunan di komuniti luar bandar dan membunuh sekurang-kurangnya 11 orang, lapor AP memetik pihak berkuasa pada Khamis.
10 orang lagi dilaporkan cedera parah dan angka kematian dijangka meningkat.
Tanah runtuh itu berlaku malam Rabu di Maneah, sebuah komune luar bandar di Wilayah Coyah yang terletak 50 kilometer (31 batu) dari ibu negara Conakry, menurut kenyataan Agensi Kebangsaan bagi Pengurusan Kecemasan.
“Malam tadi, kira-kira jam 7 malam. Hujan turun, dan tiba-tiba saya nampak gunung itu turun. Ia jatuh menimpa rumah-rumah di kaki gunung. Lumpur menimbus rumah-rumah. Tiada mangsa yang terselamat keluar hidup-hidup,” Kone Pepe, seorang penduduk tempatan dipetik berkata.
Operasi mencari dan menyelamat diteruskan lewat Khamis.



