GENEVA, 6 Julai – Kedutaan Switzerland di Tehran dibuka semula pada Ahad selepas ditutup sementara pada 20 Jun akibat ketidakstabilan di Iran.
Duta Besar Nadine Olivieri Lozano dan pasukan kecil kembali ke Tehran pada Sabtu, kata Jabatan Hal Ehwal Luar Persekutuan (FDFA) dalam satu kenyataan.
Menurut FDFA, keputusan untuk menyambung semula operasi mengikut penilaian risiko yang komprehensif.
Keadaan semasa membolehkan aktiviti kedutaan disambung semula secara beransur-ansur di tapak, kata FDFA. Bagaimanapun, perkhidmatan konsular, termasuk pengeluaran visa, masih digantung buat masa ini.
Switzerland terus memantau perkembangan di rantau itu dan sentiasa berhubung dengan rakan kongsi antarabangsanya, tambah FDFA.
XINHUA