Suami isteri ditemui rentung dalam bilik air

KOTA BELUD – Pasangan suami isteri rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Sangkir, di sini, awal pagi tadi.

Mangsa Mamat@ Jamrin Sinti, 47, dan isterinya Noorijah Rashid, 47, ditemui di dalam bilik mandi rumah berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Penolong Penguasa Bomba, Elge Bakuk berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.52 pagi.

Katanya, sepasukan 10 anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi pemadaman.

“Sebaik tiba di lokasi, kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis kekal satu tingkat terbakar sepenuhnya. Turut terbakar, sebuah kereta jenis Proton Saga.

“Sebaik api berjaya dikawal jam 3.22 pagi, terdapat dua mangsa ditemui rentung di bilik mandi rumah berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran, dua pancutan dengan sumber air dari jentera.

“Mayat kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain yang wujud di lokasi, operasi ditamatkan pada jam 4.55 pagi,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, mayat kedua-dua pasangan suami isteri dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Belud untuk proses bedah siasat.

“Lelaki berkenaan bekerja sebagai penoreh getah dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba,” katanya.

BH ONLINE

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju