Sindiket penipuan ‘like & share’ guna kandungan lucah tumpas, 57 ditahan

KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan satu sindiket penipuan yang mempromosikan laman sesawang penstriman video lucah selepas menyerbu sebuah premis perniagaan berdaftar di Jalan Tun Razak, di sini, 1 Julai lalu.

Serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman itu membawa kepada penahanan 57 individu termasuk 26 wanita yang dipercayai terbabit dalam penipuan ‘like and share’, selain menguruskan laman lucah dengan sasaran pengguna di India.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Rusdi Md Isa, berkata kegiatan itu dikesan mampu menjana keuntungan kira-kira 61,200 Rupee (RM3,000) sehari atau 1.22 juta Rupee (RM60,000) sebulan berdasarkan 20 hari bekerja.

“Sindiket ini beroperasi sejak tiga bulan lalu dengan menggunakan satu laman sesawang yang menawarkan siaran langsung kandungan lucah.

“Orang ramai yang berminat akan diminta untuk ‘like and share’ pautan terbabit, sebelum diberikan akses percuma buat sementara waktu,” katanya dalam sidang media di Menara KPJ, di sini, hari ini.

Menurutnya, untuk menikmati akses penuh, pengguna perlu membuat bayaran tertentu bagi melanggan keahlian bulanan.

“Yuran keahlian asas dikenakan antara 50 hingga 100 Rupee (RM2.45 – RM4.89), keahlian premium pula 200 hingga 500 Rupee (RM9.78 – RM24.46) manakala VIP antara 1,000 hingga 2,000 Rupee (RM48.92 – RM97.84),

“Bayaran tambahan turut dikenakan sekiranya syarat tertentu dilanggar seperti tidak cukup ‘like and share’, menonton lebih 10 video sehari atau ingin akses kepada video premium,” katanya.

Beliau berkata, semua transaksi dibuat melalui platform dalam talian yang dikawal sepenuhnya oleh sindiket terbabit.

“Pengguna turut dijanjikan pulangan dalam bentuk bitcoin dan mata ganjaran untuk video berdurasi panjang sekiranya mereka membuat bayaran,

“Namun selepas pembayaran dibuat, akaun pengguna akan disekat dan mereka dipaksa membayar lebih atas alasan melanggar syarat. Sekatan tetap tidak ditarik balik dan sindiket tidak lagi dapat dihubungi,” katanya.

Rusdi berkata, pihaknya merampas 58 komputer riba pelbagai jenama, satu telefon bimbit dan satu perakam suara dalam operasi itu.

“Seramai enam suspek sudah dituduh di mahkamah pada 4 Julai lalu mengikut Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan,

“Baki 51 lagi dilepaskan atas arahan Timbalan Pendakwa Raya dan dijadikan saksi pendakwaan,” katanya.

BH ONLINE

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju