Serangan udara junta baru-baru ini membunuh sekurang-kurangnya 32 orang awam di negeri Kayah di timur Myanmar, lapor Anadolu memetik akhbar Irrawady pada Selasa.
Majlis Eksekutif Interim Negeri (IEC) dilaporkan mengumumkan lima orang turut cedera pada Ahad dalam serangan di Mawchi.
“Mawchi mempunyai lombong, jadi ramai orang datang ke sini untuk berniaga, menjual beras dan makanan. Pihak junta cuba memusnahkan kehidupan sosio-ekonomi pekan ini dan mengganas rakyat,” setiausaha kedua IEC, U Banyar, dipetik sebagai berkata kepada akhbar itu.
Menurut Anadolu, antara yang maut ialah lapan wanita termasuk dua kanak-kanak dan 18 lelaki – enam mayat rosak teruk untuk menentukan identiti – seorang wanita dan empat lelaki cedera.
U Bayar dipetik berkata, serangan itu adalah yang paling maut pernah berlaku di negeri itu.
Pesawat junta dilaporkan melakukan serangan tambahan pada awal Selasa ke atas Mawchi, walaupun maklumat mengenai kematian belum disahkan.
IEC menggesa masyarakat global, termasuk PBB dan blok negara Asia Selatan, ASEAN, untuk bertindak terhadap jenayah perang junta.
Junta dilaporkan telah melancarkan 14 serangan udara ke atas Mawchi tahun ini sebelum pengeboman pada Ahad, dengan tiga pada bulan sebelumnya, mengakibatkan kematian 11 orang awam.
Myanmar berada dalam keadaan perang saudara sejak junta mengambil alih kuasa pada 2021.



