Seorang lagi penduduk dibaham buaya di Sandakan

SANDAKAN – Seorang nelayan dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya di sebuah sungai berhampiran Taman Kenari, Batu 7, di sini, petang semalam.

Obing Markum, 30an dari Kampung Batu Putih, di sini, dipercayai ke sungai menjala ikan kira-kira jam 4 petang, sebelum hanya perahu miliknya ditemui penduduk dengan kesan gigitan disyaki buaya dua jam selepas itu.

Sepupu mangsa, Sabturani Omar yang ditemui di lokasi kejadian berkata mereka bergegas ke situ sejurus menerima maklumat daripada penduduk.

“Ketika itu ada yang nampak perahunya bergerak macam dilibas ekor buaya, tapi tiada orang di situ. Selepas itu kami mula mencari sehingga malam tetapi tidak menemuinya sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung berkata pihaknya menerima panggilan daripada polis mengenai kejadian itu jam 8.50 pagi tadi.

Katanya, seramai lima anggota bergegas ke lokasi kejadian untuk melaksanakan operasi mencari dan menyelamat.

“Operasi mencari masih dilakukan. Setakat ini, mangsa belum ditemui,” katanya.

Kes serangan buaya di kawasan sungai berhampiran Taman Kenari, Batu 7 sudah beberapa kali direkodkan dengan kejadian terakhir September 2022 membabitkan seorang lelaki ketika menyeberang sungai menggunakan rakit buatan sendiri.

Dalam kejadian itu, hanya kepala mangsa ditemui sempurna terapung di sungai berkenaan.

BH ONLINE

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju