Seorang terbunuh pada Ahad apabila gempa bumi berukuran 6.1 magnitud melanda wilayah Balikesir di barat laut Turki, lapor Reuters memetik Menteri Dalam Negeri Ali Yerlikaya, sambil menambah 29 orang cedera dan 16 bangunan runtuh.
Gempa itu, yang menurut pihak berkuasa pengurusan bencana AFAD Turki dilaporkan berlaku sekitar jam 7:53 malam, dirasai di beberapa wilayah, termasuk bandar terbesar di negara itu, Istanbul.
Yerlikaya dipetik berkata, seorang lelaki berusia 81 tahun meninggal dunia selepas diselamatkan dari runtuhan oleh pasukan kecemasan.
Dia dilaporkan berkata, operasi mencari dan menyelamat kini selesai dan tiada tanda-tanda lain kerosakan serius atau kemalangan jiwa.



