Seluruh keluarga saintis Iran syahid dalam pembunuhan disasarkan Israel

TEHRAN – Dalam tindakan keganasan negara, rejim Israel membunuh saintis nuklear Iran, Sedighi Saber bersama 12 ahli keluarganya di utara Iran, hanya beberapa jam sebelum gencatan senjata ditetapkan berkuat kuasa.

Menurut saluran berita berbahasa Inggeris Iran Press TV, pembunuhan yang disasarkan berlaku lewat Isnin di bandar Astaneh Ashrafieh, yang terletak dekat Laut Caspian.

Press TV melaporkan mangsa termasuk ahli keluarga warga emas, wanita, dan beberapa kanak-kanak.

Serangan kejam itu berlaku sejurus sebelum perjanjian gencatan senjata antara Iran dan rejim Israel dijangka berkuat kuasa.

Gambar keluarga mendedahkan tahap kehilangan manusia, menunjukkan saintis itu bersama saudara- maranya yang kini syahid.

TASNIM