Sekurang-kurangnya 9 terbunuh, 40 cedera dalam serangan Rusia ke atas Ukraine

Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan 40 cedera dalam serangan Rusia ke atas bandar Kharkiv dan Zaporizhzhia di Ukraine, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa Ukraine pada Isnin.

Di Kharkiv, bandar kedua terbesar di Ukraine, sebuah dron tempur Shahed melanda bangunan kediaman tinggi di daerah perindustrian bandar itu, membunuh enam orang dan mencederakan 20 yang lain, Datuk Bandar Ihor Terekhov dipetik berkata di Telegram.

Perkhidmatan Kecemasan Negeri melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun dan seorang lelaki berusia 16 tahun adalah antara mangsa, manakala enam kanak-kanak adalah antara yang cedera. Operasi menyelamat diteruskan dengan 140 anggota kecemasan dan 39 unit peralatan bekerja di tapak.

Di bandar tenggara, Zaporizhzhia, serbuan Rusia membunuh tiga orang dan mencederakan 20 yang lain, Ivan Fedorov, gabenor wilayah itu dilaporkan berkata.

Ramai yang cedera dimasukkan ke hospital dalam keadaan teruk, manakala bangunan kediaman, perusahaan, perhentian bas dan premis komersial rosak, dia dilaporkan mencatatkan di Telegram.

Serangan itu menyusuli amaran peluru berpandu balistik yang dikeluarkan untuk Zaporizhzhia.

Tentera udara Ukraine dilaporkan berkata, Rusia melancarkan 140 dron dan empat peluru berpandu balistik Iskander-M semalaman, dengan 88 dron ditembak jatuh dan projektil lain melanda sasaran di 25 lokasi di enam wilayah.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju