Sekurang-kurangnya 6 maut dalam banjir di Bali

Banjir di pulau percutian Bali di Indonesia mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang minggu ini dan menyekat jalan-jalan utama di ibu negara, lapor Reuters memetik pegawai pada Rabu.

Hujan lebat dilaporkan berterusan antara petang Selasa dan pagi Rabu menyebabkan dua bangunan runtuh di ibu kota Bali, Denpasar, mengorbankan empat orang, I Nyoman Sidakarya, ketua agensi mencari dan menyelamat pulau itu dipetik berkata.

Dua orang lagi maut dan 85 orang telah dipindahkan di wilayah Jembrana, agensi mitigasi bencana Indonesia dilaporkan sebagai berkata pada Rabu.

Banjir terus melanda Bali setakat Rabu, ketua agensi Suharyanto dipetik berkata kepada pemberita.

Akses ke lapangan terbang antarabangsa pulau itu berhampiran Denpasar adalah terhad kerana hanya trak boleh menggunakan jalan raya, menurut Nyoman.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju