Sekurang-kurangnya 46 penduduk Gaza termasuk kanak-kanak, bayi dilaporkan terbunuh dalam serangan Israel pada Jumaat

Sekurang-kurangnya 46 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di seluruh Jalur Gaza pada Jumaat, lapor Xinhua memetik pertahanan awam.

Mahmoud Basal, jurucakap Pihak Berkuasa Pertahanan Awam, dilaporkan memberitahu Xinhua, tujuh orang terbunuh dalam serangan udara yang menyasarkan sebuah khemah menempatkan orang kehilangan tempat tinggal di kejiranan Al-Rimal di barat bandar Gaza.

Dia dipetik berkata, enam yang lain, termasuk dua kanak-kanak, terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah sekolah menempatkan orang kehilangan tempat tinggal di kawasan kejiranan al-Daraj, timur bandar Gaza.

Sekurang-kurangnya 24 orang, termasuk seorang wanita dan dua kanak-kanak, dibunuh oleh tentera Israel ketika menunggu untuk menerima makanan di hadapan pusat pengagihan bantuan di utara Rafah, selatan Jalur Gaza, di persimpangan Netzarim di tengah jalur itu, dan lintasan Zikim di utara, menurut Basal.

Menurutnya, empat orang, termasuk seorang kanak-kanak perempuan, terbunuh dalam tembakan Israel yang menyasarkan perhimpunan Palestin dan sebuah rumah kediaman di kawasan kejiranan Zeitoun dan Tuffah di timur bandar Gaza.

Dua terbunuh dalam serangan udara ke atas khemah yang menempatkan orang kehilangan tempat tinggal di atas bumbung bangunan klinik pesakit luar di Hospital al-Aqsa di Deir al-Balah, tengah Jalur Gaza, kata Basal seperti dipetik.

Tiga rakyat Palestin, termasuk seorang bayi, turut terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah khemah menempatkan orang kehilangan tempat tinggal di barat bandar Gaza, menurut Basal.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dilaporkan berkata dalam kenyataan pada Jumaat, askar IDF, dengan penyelarasan dengan tentera udara, meneruskan aktiviti operasi menentang “organisasi pengganas” di seluruh Jalur Gaza, termasuk bandar Gaza dan Khan Younis.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju