Sekurang-kurangnya 28 rakyat Palestin termasuk pencari bantuan terbunuh dalam tembakan Israel di pelbagai kawasan di Gaza

Sekurang-kurangnya 28 rakyat Palestin di Gaza dilaporkan terbunuh dan yang lain cedera pada Sabtu dalam tembakan Israel, menurut laporan.

Agensi berita Palestin WAFA memetik sumber perubatan di Hospital Al-Awda melaporkan, lima orang terbunuh dan 33 cedera akibat pasukan pendudukan menyasarkan sekumpulan warga di utara kem pelarian Nuseirat.

Menurut mereka, dua rakyat terbunuh dan seorang lagi cedera apabila tentera pendudukan Israel menyasarkan perhimpunan rakyat dekat tempat pengagihan bantuan di Jalan Salah al-Din, selatan Wadi Gaza, di tengah Jalur Gaza.

Menurut WAFA, sekurang-kurangnya tiga orang awam Palestin, termasuk seorang wanita, dilaporkan terbunuh pada Sabtu dalam dua serangan berasingan di selatan Gaza.

WAFA memetik sumber tempatan melaporkan, tentera Israel melepaskan tembakan ke arah rakyat Palestin yang menunggu bantuan di utara Rafah, membunuh seorang wanita dan seorang lelaki muda.

Menurutnya, dalam kejadian berasingan, sebuah dron Israel melanda sebuah apartmen kediaman di barat Khan Yunis, mengakibatkan seorang warga Palestin terbunuh dan seorang lagi cedera.

Dalam pada itu, menurut WAFA, memetik sumber perubatan, sembilan orang awam Palestin, termasuk lapan yang mencari bantuan kemanusiaan, terbunuh di selatan dan tengah Jalur Gaza

Menurutnya, enam daripada mereka itu termasuk seorang kanak-kanak terbunuh, dan lapan lagi cedera apabila tentera pendudukan Israel menyasarkan perhimpunan awam dekat tempat penyaluran bantuan di Jalan Salah al-Din, selatan kawasan Wadi Gaza di tengah Jalur Gaza.

Menurutnya, di selatan Jalur Gaza, seorang wanita terbunuh apabila tentera pendudukan membedil sebuah apartmen dekat Mahkamah Syariah di barat Khan Yunis.

Dua lagi rakyat Palestin, katanya, termasuk seorang wanita, terbunuh akibat serangan tentera pendudukan melepaskan tembakan ke arah pencari bantuan dekat pusat pengedaran Amerika Syarikat di al-Tina Street, selatan Khan Yunis.

Kemudian, pada petang Sabtu, dilaporkan sekurang-kurangnya sembilan rakyat Palestin terbunuh dan yang lain cedera akibat tembakan Israel ketika mencari bantuan di Jalur Gaza.

Lima daripada mereka terbunuh dan yang lain cedera selepas ditembak secara langsung oleh tentera pendudukan Israel dekat pusat bantuan Amerika Syarikat di utara Rafah, selatan Jalur Gaza, menurut WAFA memetik laporan Kompleks Perubatan Nasser.

Empat orang terbunuh dan 40 lagi cedera akibat tembakan Israel dekat pusat bantuan Amerika Syarikat di kawasan Zakim, barat laut Jalur Gaza, menurut laporan WAFA, memetik sumber perubatan di Hospital Al-Shifa.

Sesetengah yang lain dilaporkan turut cedera apabila tentera Israel menyasarkan orang ramai yang menunggu bantuan di bulatan al-Nablsi, selatan bandar Gaza.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju