Sekurang-kurangnya 20 orang maut di Haiti ketika Taufan Melissa melanda negara itu, berita Xinhua memetik laporan media tempatan pada Rabu.
Menurut Radio Television Caraibes, beberapa kawasan kejiranan di pekan pesisir barat daya Petit-Goave hampir musnah sepenuhnya, dengan rumah-rumah runtuh dan serpihan yang meluas, kata Datuk Bandar Petit-Goave Jean Bertrand Subreme.
Rakaman dari tempat kejadian menunjukkan kerosakan yang meluas, dan laporan tempatan mengatakan mayat mangsa masih tertimbus di bawah runtuhan.
Melissa, salah satu taufan paling kuat yang melanda Caribbean dalam beberapa tahun kebelakangan ini, telah membawa hujan lebat dan banjir ke pelbagai wilayah di Haiti dan Cuba.



