Sekurang-kurangnya 18 maut di Colombia dalam dua serangan dikaitkan dengan penentang FARC

Sekurang-kurangnya 18 orang maut dan lebih 40 cedera pada Khamis selepas dua serangan di Colombia dikaitkan dengan puak penentang yang berbeza dari bekas kumpulan gerila Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC), lapor Reuters memetik pihak berkuasa.

Di Cali, bandar ketiga paling ramai penduduk di negara itu, sebuah kenderaan kargo dengan bahan letupan diletupkan dekat pangkalan Pasukan Aeroangkasa Colombia, dalam kejadian yang menyebabkan enam orang maut dan 71 cedera, Reuters memetik pejabat datuk bandar.

Beberapa jam sebelumnya, sebuah helikopter Black Hawk UH-60 Polis Negara yang mengambil bahagian dalam operasi pembasmian tanaman daun koka dilaporkan telah ditembak jatuh di perbandaran Amalfi, di jabatan Antioquia, menyebabkan 12 pegawai terkorban.

Presiden Colombia Gustavo Petro menyalahkan serangan ke atas puak penentang bekas kumpulan gerila FARC yang menolak perjanjian damai 2016 untuk menamatkan konflik dalaman berpanjangan yang menyebabkan lebih 450,000 terbunuh, menurut laporan Reuters.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju