Sekurang-kurangnya 14 maut, 14 cedera dalam rusuhan di penjara Ecuador

Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan 14 lagi cedera dalam rusuhan di sebuah penjara di barat daya Ecuador awal Isnin, menurut Polis Negara, lapor Xinhua.

Tembakan dan letupan dilaporkan sekitar jam 2 pagi waktu tempatan (0700 GMT) di Pusat Pemulihan Sosial Machala di bandar Machala, ibu kota wilayah El Oro.

Ketua polis El Oro William Calle dilaporkan memberitahu rangkaian TV tempatan Ecuavisa, 13 banduan dan seorang pengawal maut dalam kejadian itu. Mereka yang cedera dibawa ke hospital berdekatan.

Menurut Calle, kebanyakan mereka yang terbunuh adalah anggota Los Choneros, salah satu kumpulan paling ganas di Ecuador.

Beberapa banduan dikatakan melarikan diri semasa pertempuran, dan pihak berkuasa sedang berusaha untuk menentukan jumlah sebenar yang lari.

Ecuador telah berada dalam cengkaman krisis penjara, dengan angka rasmi menunjukkan kira-kira 600 banduan terbunuh dalam rusuhan berkaitan kumpulan sejak Februari 2021.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju