MOSCOW, 7 Julai – Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 402 dron Ukraine dan tujuh bom udara berpandu sepanjang hari lalu, kata Kementerian Pertahanan Rusia pada Isnin.
Kementerian itu berkata 91 dron telah dimusnahkan semalaman, dengan kebanyakannya di wilayah sempadan Belgorod dan Kursk dan lapan di wilayah Moscow.
Rusia dan Ukraine telah memperhebatkan serangan dron baru-baru ini. Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky berkata pada Isnin bahawa Rusia melancarkan 101 dron semalaman, sambil menambah bahawa kira-kira 1,270 dron dan 39 peluru berpandu telah didaftarkan sepanjang minggu lalu.
XINHUA