Ribut tropika Bualoi landa Filipina, 4 terkorban

Pihak berkuasa merekodkan empat kematian ketika ribut tropika Bualoi yang teruk terus melanda Filipina selepas mendarat pada Khamis, lapor Xinhua memetik Pejabat Pertahanan Awam (OCD) negara itu pada Jumaat.

Claudio Yucot, pengarah wilayah OCD di Bicol, dilaporkan berkata pada sidang akhbar yang disiarkan di televisyen, mereka mengesahkan laporan bahawa empat orang telah terkorban akibat ribut tropika yang teruk itu.

Lord Byron Torrecarion, pengarah wilayah OCD di Visayas Timur di Filipina tengah, melaporkan lima nelayan dari wilayah Samar Timur hilang.

Torrecarion berkata kelima-lima mereka pergi memancing Selasa lalu dan masih belum pulang sehingga Khamis.

Biro cuaca negeri, PAGASA, dilaporkan berkata pada Jumaat, Bualoi sedang berlegar di tengah Filipina dan bergerak ke arah barat pada kelajuan 35 km sejam dengan angin maksimum 110 km sejam dan tiupan sehingga 135 km sejam.

Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan melaporkan pada Jumaat, sejumlah 14 kematian berpunca daripada kesan gabungan monsun barat daya dan tiga siklon tropika berturut-turut, termasuk Ragasa dan Bualoi, yang melanda Filipina dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Agensi itu melaporkan, sejumlah 303,537 keluarga, atau 1,212,712 orang, terjejas di seluruh negara.

Bualoi dijangka keluar dari Kawasan Tanggungjawab Filipina menjelang petang Sabtu.

Secara purata, kira-kira 20 taufan menyerang Filipina setiap tahun.
Kepulauan ini sangat terdedah kepada siklon tropika, yang sering membawa hujan lebat, banjir dan angin kencang, mengakibatkan korban serta kemusnahan tanaman dan harta benda.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
PATTERN DailyL Minimalist Modern Anti Scratch L Shape Sofa 3 Seater Sofa Pet-Friendly Velvet Classic Living Room Sofa
PATTERN Design Ceramic Dining Table Dining Chair 1+4 | Set Meja Makan Kerusi Makan Meja Makan Marble
PATTERN Premium Long Bench Stool Storage Bench Chair Sofa Storage Stool Kerusi Panjang Simpanan
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju
KEK COKELAT MOIST FAMILY CORNER [700GRAM]
POLO HILL Ladies Preciosa Shoulder Sling Bag PHC-HB2056 (Black/Brown)
POLO HILL Ladies Summer Crossbody Sling Bag PHC-HB2290
P58 READY STOCK UNIQ Short Purse Lady Women’s Multi-slot Card Holder Coin Zip Purse Woman Wallet Dompet Wanita
JEEP Men’s Long Wallet Business PU Leather Multi-Card Slot Large Capacity Coin Purse Men’s Clutch Dompet Panjang男长款钱包手拿包
SOUK SARUNG MOSCREPE SLIM FIT AWANING LAZY LIPAT KAIN MOSCRAPE PREMIUM SIZE S-M-L-XL
Palazzo cotton Women Palazzo Kain High class Good quality Cotton palazzo
《 𝗢𝗡𝗘 𝗙𝗜𝗧𝗦 𝗔𝗟𝗟 》Raincoat Waterproof EVA Unisex Outdoor Jacket Poncho Rainsuit Baju Hujan 雨衣 NWD
【5 Size】Motorcycle Rain Coat Waterproof Baju Hujan Motor Bicycle Outdoor Raincoat Motorbike Rainsuit 雨衣
YAMAHA HONDA Raincoat with Pants Baju Hujan dan Seluar Motor 1 Layer Waterproof Rain Coat 雨衣套装
[WATERPROOF] Hoodie Boleh Tanggal Topi Water-Resistant Windbreaker Unisex Bomber Jacket EX