Mayat seorang juruterbang dan anak lelakinya ditemui selepas pesawat bersayap kembar mereka terjunam ke dalam laut di luar pulau Mallorca Sepanyol, lapor Reuters memetik polis pada Ahad.
Menurutnya, pesawat Team Rocket F-4 Raider dua tempat duduk itu terhempas ke dalam laut di kawasan Puerto Soller pada malam Sabtu.
Pesawat itu kelihatan melakukan aksi sebelum nahas, Reuters memetik laporan media Sepanyol.
Menurutnya, penyelam yang mencari juruterbang itu dan anak lelakinya berusia 13 tahun menemui mayat mereka di dalam laut selepas pencarian pada Ahad.
“Kira-kira jam 1 tengah hari (1100 GMT) penyelam pakar dari Pengawal Awam menemui mayat juruterbang dan anaknya yang tidak bernyawa yang menemaninya di dalam laut yang mencapai kedalaman 30 meter dan mereka telah dipindahkan ke Puerto of Soller,” Reuters memetik Pengawal Awam Sepanyol dalam satu kenyataan.
Pesawat itu dilaporkan terhempas sekitar jam 8.20 malam dan pencarian awal oleh pasukan kecemasan dilancarkan.
Apabila ini gagal mengesan juruterbang dan anaknya, ia disambung semula pada Ahad, lapor Reuters.



