Polis maut, 3 cedera ditembak di selatan Filipina

MANILA – Dua lelaki bersenjata tidak dikenali menembak mati seorang pegawai perisikan polis dan mencederakan tiga orang lagi di wilayah Sultan Kudarat di selatan Filipina, kata polis tempatan pada Selasa.

Pengarah Polis Sultan Kudarat, Kolonel Bernard Lao berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kesan tembakan di kepala dan badan pada malam Isnin.

Lao berkata, mangsa sedang duduk di sebuah kedai kecil kampung sambil melakukan pengawasan bersama ejen awam lain apabila diserang oleh lelaki bersenjata itu.

Tiga ejen awam yang cedera dibawa ke hospital tempatan untuk rawatan.

XINHUA