Pihak berkuasa periuk api di bawah kerajaan Kemboja menuduh tentera Thailand menggunakan sejumlah besar peluru berangkai.
Ia menyuarakan kebimbangan pada Jumaat mengenai apa yang disebutnya sebagai pelanggaran serius terhadap norma kemanusiaan.
Kenyataan Pihak Berkuasa Tindakan Periuk Api dan Bantuan Mangsa Kemboja memetik laporan lapangan tentera Kemboja dari awal Jumaat sebagai berkata sejumlah besar peluru berangkai digunakan dua kali dalam tempoh 90 minit di Preah Vihear, sebuah wilayah di sempadan dengan Thailand, membahayakan masyarakat sekitar.
Kementerian luar Thailand tidak segera menjawab permintaan untuk mengulas dakwaan itu.
REUTERS



